Monday, March 30, 2009

pelik...

aku tak tahu apa yang memelikkan hari ini...yang peliknya ramai orang yang memandang aku pelik...sangat pelik...dari aku keluar kelas ke tandas lalu menuju ke cafe(uptown) untuk sarapan semua orang pandang aku pelik semacam je...sehingga kawanku pun perasan dgn keadaan tersebut lalu menanyakan kepada ku...

ida:nape orang pandang kamu pelik je ha??kamu perasan x?
aku:a'a la..kite pun perasan...ade pape tak kena ngn kite ke??bju ok?rambut??muka??
ida: ok je..xde pe yang pelik pun...hmm...kite tgk plak bila sampai kt uptown..org tgk x?
aku: okay...

sampai je kat sana semua org pandang...sehingga ada juga yang menoleh beberapa kali kepada ku...seolah-olah ada sebaris ayat yang tercatat dia muka ku "aku seorang yang pelik" hahaha...sungguh pelik...tapi benar...

tesco...

Hari ini aku ke tesco bersama kawan biliku... membeli stok makanan untuk sebulan katenya... tapi rasenya tak sampai seminggu kena beli lain kot haha... sebenarnya tesco membuatkan aku teringat sesuatu yang melucukan... tak tahu macam mane nak ceritakan di sini... tapi bila aku ingat tesco aku akan ingat cameron... bila aku ingat cameron aku akan ingat tesco hahaha...

Sunday, March 29, 2009

maafkan...

maafkanku...kerana tak menjawab panggilan kamu...

Saturday, March 28, 2009

cinta tak semestinya memiliki...

Jam 11.45 malam aku tiba di Sri Iskandar..sesungguhnya aku tak mahu masa itu tiba...ingin saja aku hentikan masa itu selama mana yang aku inginkan...asalkan aku dapat bersama kamu selamanya..tapi tak mungkin ini akan terjadi...maafkanku jika selepas ini aku hanya mendiamkan diri...jangan kamu tanya ku kenapa??kerana jawapannya ku sayang kamu...maafkanku jika selepas ini aku cuba mengelakkan diri dari kamu...dan jangan tanya ku kenapa??kerana jawapannya ku sayang kamu...maafkanku jika selepas ini aku menjauhkan diri dari penglihatanmu...jangan kamu tanya ku lagi kenapa?? kerana jawapannya ku sayang kamu...dan jangan kamu tanya kepadaku kenapa aku lakukan semua ini...jawapannya tetap sama...kerana ku sayang kamu...memang terlalu sukar untuk aku lakukan semua ni…tak semudah seperti orang lain cakapkan…tetapi aku akan cuba…cuba untuk kali yang entah ke berapa aku tak pasti…yang pastinya aku tak sanggup melihat kamu begini lagi…melihat kamu menipu orang yang kamu sayang yang merupakan segalanya bagi kamu…dan sudah pastinya bukan diriku…sesungguhnya aku rasa bersalah sangat…aku hanya beban yang selalu membebankan kamu…aku memohon maaf atas segalanya…tapi ku mahu kamu tahu…kamulah segalanya bagiku…kamu lah lelaki yang terbaik yg pernah aku kenal…meskipun ada lagi yang lebih baik dari kamu di dunia ini…tapi bagi aku hanya kamu yang terbaik…kamu membukakan hatiku dan kamu juga menutup rapat pintu hatiku kepada orang lain…aku sayang kamu…aku cinta kamu…tidak pernah aku luahkan kepada lelaki lain seperti mana aku luahkan kepada kamu dulu…tapi itulah hakikatnya yang lahir dari hatiku…andainya satu hari nanti aku menjumpai seseorang tak mungkin aku akan menyayangi dirinya sepertimana aku menyayangi dirimu…dan seperti kamu katakan" jangan lupa hari ini"…sesungguhnya aku tak pernah lupa setiap memori kita bersama…terima kasih kerana menyayangi diriku…Setiap hari,setiap jam,setiap minit mahupun setiap saat Si pungguk tak pernah jemu merindui si bulan…dan begitulah aku merindui kamu…walaupun hakikatnya mustahil untuk kita bersama tetapi andai kata suatu hari nanti aku muncul kembali dalam hidup mu…ternyata mungkin ada sebabnya…tapi andainya aku tidak muncul dalam hidup mu lagi…sudah pastinya juga ada sebabnya…aku redha…kerana aku mengerti cinta itu tak semestinya memiliki dirimu…

Tuesday, March 24, 2009

Friday, March 20, 2009

Pemikiran hati...

Termenung aku dihanyut arus waktu...
Dalam pergolakkan emosi sering membuat aku keliru...
Tabahkan hati menjalani tiap dugaan yang diberi...
Setiap doa untuk namamu yang selalu di hati...

Aku adalah jiwa usang yang dahaga akan cinta...
Cinta yang kian tertanam dalamnya...
Kamu menguatkannya...
Kamu menyucikannya...
Hanya cinta yang ku punya...
Jika aku belum dicintai...
Diriku kini masih tercari-cari...
Jawapan misteri setiap persoalan ini...

Berikanlah aku kepastian...
Agar dapat aku teruskan perjalanan...
Kepadamu tuhan aku harapkan...
Berikanlah aku kekuatan...

Sunday, March 15, 2009

Lupa...

Aku lupa ape yang sebenarnya aku nak tulis ni hahaha...betul2 lupa...jadi biarkan ia bertajuk lupa...hehe...maaf kepada sesiapa yg menunggu untuk blog ini...

Friday, March 13, 2009

Hujan pelangi...

Dengan keadaan yang agak sunyi sepi, dalam waktu yang amat bosan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tiba² aku teringat kepada satu baris2 ayat yang berbunyi lebih kurang begini,

"kita selalu gembira melihat matahari, setiap hari akan berusaha untuk memberi sinar, tapi tidak selalu matahari akan bercahaya, kadang² langit mendung dan juga hujan turun lalu menutup segala cahaya, kita akan sedih kerana kehilangan cahaya matahari, tapi kita lupa kerana selepas hujan pasti pelangi akan muncul mewarnai dunia".

Kalaulah kesedihan itu adalah hujan dan kebahagiaan adalah matahari... Maka kita perlukan keduanya untuk melihat pelangi... Jika pelangi datang menyapa kamu... Ingatlah ku bahagia disaat kamu bahagia... dan disaat kamu bersedih... Ku akan usahakan untuk menghantarkan cahaya agar pelangi tercipta di hatimu...

Saturday, March 7, 2009

Kellie's Castle...

Beradanya aku di Kellie's Castle kerana aku tak berada di tempat lain...haha...sepatutnya hari ni aku berada di suatu tempat bersama seseorang...di suatu tempat yang tiada orang mengenali aku...tiada orang mengenali dia dan tiada orang mengetahui tentang kami... sesungguhnya aku sangat merindukan tempat itu... tetapi memandangkan ada sebab2 yang tak dapat dielakkan... aku akur...aku tahu aku tak kan didahulukan dan aku tahu dimana tempatku huhu... tidak seperti yang dirancang untuk pergi ke Kellie's Castle... Semasa balik dari ipoh menemani kawan ku untuk membeli barang jam menunjukkan masih awal... tanpa arah tuju smpai la di sana... banyak sejarah kt Kellie's Castle ni..nak tahu??pergi sendri la...haha... bayaran dikenakan sbnyk rm4 untuk dewasa rm3 untuk kanak2...huhu... tak ada apa2 sgt pun kat sana... tapi tempat dia cantik la juga...sesuai la untuk photoshoot...banyak student fotografi U aku pun buat assignment kat situ... masa aku pergi tu adala juga sepasang pengantin tengah mengambil gambar...cantik2...kalau tak percaya tgk gmbr kt atas ni ada pengantin...kan...kan...kan...hmm...nanti aku kawin nk shoot gmbar outdoor kat mane ek??huhu(mula berangan dah)...

Thursday, March 5, 2009

"Mak Guard" baru...

Malam semalam melihat sandiwara pasangan kekasih yang berdating di bawah lampu neon berwarna jingga kemerahan di belakang dewan makan satu iaitu yang berhampiran dengan bilik kolej aku...dari berdiri seperti mengalami masalah rumah yang tak bertangga smpai la terduduk bersila bergurau senda hahaha...aku bersama room mate aku menyaksikan drama yang hanya 'limited edition' 2...bagi chance la kan...tapi memandangkan jam menujukkan kul 3lebih itu sudah melampaui batas...dorang ingt uitm 2 bapak dorang punya...kata member aku la...berani lagi dating time2 macam tu...lalu member ku menelefon pak guard memberitahu tentang itu...(bila masa member aku amik no fon pak guard aku xtau la)...lalu kami menunggu kemunculan pak guard menerusi tingkap bilik kami...(lambat tul pak guard ni)...setibanya pak guard dorang tekezut beruk cipan tapir semua ade la...(kesian lak aku tgk dorang)..tapi salah dorang gak...beragak la nak dating pun...luar uitm tak pe laa kul bape pun...ni dlm uitm memang nk cari masalah...macam la esk tak leh jmp kalo rindu sangat2 pun...apapun aku amat bersimpati kepada dorang...member aku sorang ni tiba-tiba melantik dirinya sendri sebagai "mak guard" baru...dan setiap malam dia akan membuat tinjauan ke luar tingkap...hahahaha...tapi disebabkan bekerja part time tanpa bergaji tetapi bebekalkan sedikit pahala sebagai 'mak guard' semalam...kami semua tak pergi ke kelas pagi tadi kerana terlambat bangun...huhuhu..2 la akibatnya...

Monday, March 2, 2009

mogok!!!!

actually tak ade pape sgt pasal ni..aku je yang over acting..hehe..aku bersama roomate aku dan juga sekumpulan pengikut2 yang lain tak nak join graphic family day kat Kelompang, Selangor...bukan ape mcm tak best je...dah la nk kena bayar rm175...mahal 2...(baik aku shopping lagi bagus haha)...tapi just stay dalam ceruk hutan belantara mane tah...ohh tidakkk!!!habis darah ku dihisap nyamuk hahaha...aktiviti lak tak tahu la bez ke tak.. macam tak je...lecturer aku agak bengang juga la dengan kami semua...sampai mendengar desas-desus yang mengatakan lecturer nak boikot semasa diploma show nanti...tp ade juga lecturer yang memahami...dah tak nak pergi tak kan nak paksa juga kan3...hehe...hmm...apapun rasa rugi juga la memandangkan sem ni sem akhir...bila lagi nk enjoy ramai2 mcm ni walaupun aku tak rapat sangat dgn batch aku...tapi yang aku bengang kenape la last sem tak wat family day ni?????hahahaha(ade makna lain ni)...aku rindukan last sem...kenangan bersama senior2 aku...semoga berjumpa lagi...u all da bez!!!