Friday, March 13, 2009

Hujan pelangi...

Dengan keadaan yang agak sunyi sepi, dalam waktu yang amat bosan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tiba² aku teringat kepada satu baris2 ayat yang berbunyi lebih kurang begini,

"kita selalu gembira melihat matahari, setiap hari akan berusaha untuk memberi sinar, tapi tidak selalu matahari akan bercahaya, kadang² langit mendung dan juga hujan turun lalu menutup segala cahaya, kita akan sedih kerana kehilangan cahaya matahari, tapi kita lupa kerana selepas hujan pasti pelangi akan muncul mewarnai dunia".

Kalaulah kesedihan itu adalah hujan dan kebahagiaan adalah matahari... Maka kita perlukan keduanya untuk melihat pelangi... Jika pelangi datang menyapa kamu... Ingatlah ku bahagia disaat kamu bahagia... dan disaat kamu bersedih... Ku akan usahakan untuk menghantarkan cahaya agar pelangi tercipta di hatimu...

No comments:

Post a Comment