Saturday, March 28, 2009

cinta tak semestinya memiliki...

Jam 11.45 malam aku tiba di Sri Iskandar..sesungguhnya aku tak mahu masa itu tiba...ingin saja aku hentikan masa itu selama mana yang aku inginkan...asalkan aku dapat bersama kamu selamanya..tapi tak mungkin ini akan terjadi...maafkanku jika selepas ini aku hanya mendiamkan diri...jangan kamu tanya ku kenapa??kerana jawapannya ku sayang kamu...maafkanku jika selepas ini aku cuba mengelakkan diri dari kamu...dan jangan tanya ku kenapa??kerana jawapannya ku sayang kamu...maafkanku jika selepas ini aku menjauhkan diri dari penglihatanmu...jangan kamu tanya ku lagi kenapa?? kerana jawapannya ku sayang kamu...dan jangan kamu tanya kepadaku kenapa aku lakukan semua ini...jawapannya tetap sama...kerana ku sayang kamu...memang terlalu sukar untuk aku lakukan semua ni…tak semudah seperti orang lain cakapkan…tetapi aku akan cuba…cuba untuk kali yang entah ke berapa aku tak pasti…yang pastinya aku tak sanggup melihat kamu begini lagi…melihat kamu menipu orang yang kamu sayang yang merupakan segalanya bagi kamu…dan sudah pastinya bukan diriku…sesungguhnya aku rasa bersalah sangat…aku hanya beban yang selalu membebankan kamu…aku memohon maaf atas segalanya…tapi ku mahu kamu tahu…kamulah segalanya bagiku…kamu lah lelaki yang terbaik yg pernah aku kenal…meskipun ada lagi yang lebih baik dari kamu di dunia ini…tapi bagi aku hanya kamu yang terbaik…kamu membukakan hatiku dan kamu juga menutup rapat pintu hatiku kepada orang lain…aku sayang kamu…aku cinta kamu…tidak pernah aku luahkan kepada lelaki lain seperti mana aku luahkan kepada kamu dulu…tapi itulah hakikatnya yang lahir dari hatiku…andainya satu hari nanti aku menjumpai seseorang tak mungkin aku akan menyayangi dirinya sepertimana aku menyayangi dirimu…dan seperti kamu katakan" jangan lupa hari ini"…sesungguhnya aku tak pernah lupa setiap memori kita bersama…terima kasih kerana menyayangi diriku…Setiap hari,setiap jam,setiap minit mahupun setiap saat Si pungguk tak pernah jemu merindui si bulan…dan begitulah aku merindui kamu…walaupun hakikatnya mustahil untuk kita bersama tetapi andai kata suatu hari nanti aku muncul kembali dalam hidup mu…ternyata mungkin ada sebabnya…tapi andainya aku tidak muncul dalam hidup mu lagi…sudah pastinya juga ada sebabnya…aku redha…kerana aku mengerti cinta itu tak semestinya memiliki dirimu…

No comments:

Post a Comment